Tak cakap banyak, KJ jumpa Veveonah di UMS mohon maaf bagi pihak kerajaan



Selepas viral isu Veveonah Mosibin ‘dihentam’ oleh timbalan-timbalan menteri berhubung didakwa menipu berkenaan video peperiksaan diatas pokok, pelbagai pihak telah tampil memberikan kenyataan.

Jumpa Veveonah di UMS

Terkini, Meteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah tampil bertemu sendiri dengan Veveonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan memohon maaf bagi pihak kerajaan kerana salah faham yang berlaku.

Ajak bekerjasama bangunkan capaian internet

Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh KJ menerusi media sosial miliknya dengan menyertakan sekali gambar ketika bertemu Veveonah dan ibunya.
Dalam pada itu, KJ sempat mencadangkan kepada Veveonah agar bekerjasama dengan Yayasan Inovasi untuk membangunkan projek  inovasi di kampung pelajar UMS itu dalam pemeliharaan alam sekitar.

Terbaiklah YB

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif kepada Ahli Parlimen Rembau itu yang dilihat sebagai hero dalam kemelut yang melanda.
Mereka juga memuji usaha YB KJ yang dilihat lebih bersikap positif dalam menangani isu internet yang menjadi perbahasan di kawasan pedalaman tersebut.

Tak perlu bising jumpa Veveonah

Good! tak perlu keruhkan keadaan